English   |   Bahasa Melayu

Mapois

 

Suara Patriot Sebenar

 
Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Monday, 24 March 2008

UMNO Kurang Ajar, Akhbar Utusan Biadap


Peranan akhbar seharusnya membuat laporan yang bebas, iaitu tidak memihak sesiapa. Tetapi, akhbar Utusan Malaysia telah membuat laporan yang berat sebelah, yang tinggi bau politik dan perkaumannya. Utusan seolah-olah menjadi agensi kempen pilihan raya untuk UMNO.

mapois

Umpamanya, laporan akhbar Utusan mengenai isu perlantikan Menteri Besar Perak, Utusan telah mengambil kesempatan dengan membuat laporan yang bertajuk ‘DAP Biadap’ serta memutarbelitkan isu tersebut dengan mengambil perkara yang lama iaitu artikel yang betajuk Pelantikan Menteri Besar kuasa sebenar raja’ dan disiarkan pada bahagian analisis, politk secara berterusan. Ini jelas menunjukkan Utusan mahu memarakkan semangat perkauman dalam kalangan orang Melayu. Mereka inilah yang menimbulkan syak wasangka dalam kalangan orang Melayu ke atas bukan Melayu dan mereka inlah yang tidak mahu perpaduan.

mapois

Apa yang lebih jelas adalah apabila 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Terengganu serta pucuk pimpinannya yang masing-masing memboikot majlis angkat sumpah Menteri Besar dan menolak keputusan istana untuk melantik ADUN Kijal, Datuk Ahmad Said, sebagai Menteri Besar Terengganu, tiada laporan yang bertajuk ‘UMNO Biadap’. Malah, ADUN yang dilantik tersebut, pula diancam dengan laporan yang bertajuk ‘Ahmad Said boleh dikenakan tindakan disiplin’.

mapois

Selain itu, mengenai isu Menteri Besar Perak, pemimpin DAP, Lim Kit Siang telah bertindak segera dengan memohon maaf kepada pihak istana. Sementara pihak UMNO, mereka masih berdegil-degil dan mengeluarkan penyataan secara tidak langsung bahawa keputusan presiden UMNO lebih penting daripada keputusan pihak istana. Dengan ini, siapa yang kurang ajar? Dan siapa yang biadap?

mapois

Penulis blog merupakan pengunjung laman web Utusan yang tetap, tetapi penulis blog tidak akan membeli walau senaskhah pun akhbarnya kerana penulis blog tidak mahu menyokong akhbar yang biadap ini. Penulis blog akan sentiasa mengunjung lamannya untuk melihat betapa teruknya tahap akhbar yang kita ada.

mapois

Monday, 17 March 2008

UMNO Mencabar Keadilan dan Hak Semua Kaum

Tidak berapa lama selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan dasarnya yang bebas daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membawa kepada kronisme, korupsi dan ketidakcekapan, telah mendapat kritikan-kritikan yang tidak berasas dari UMNO. Hal ini berikutan ketidakpuasan pemimpin-pemimpin UMNO yang berkehilangan kepercayaan rakyat, khusus kepada kaum Melayu.

mapois

Hal yang paling mengejutkan adalah penyataan Pak Lah yang mana beliau bertanya kepada Guan Eng “Apakah rancangan ekonomi untuk kaum Melayu dan apakah rancangan ekonomi untuk kaum India di Pulau Pinang?” Apakah rasionalnya untuk Pak Lah menyebut kaum Melayu dan kaum India? Sekarang DAP bukannya menjalankan "dasar ekonomi kaum Cina" tetapi adalah dasar ekonomi untuk semua kaum seperti mana yang telah diumumkan oleh Guan Eng, iaitu tender terbuka untuk semua kaum.

mapois

Tindakan UMNO yang ingin mengekalkan DEB mencerminkan Barisan Nasional selama ini tiada hasrat untuk menamatkan dasar tersebut. Dengan ini, ternyatalah bahawa rakyat Malaysia telah dibodoh-bodohkan apabila prinsip DEB pada asalnya tamat pada tahun 1990, telah ditangguh-tangguhkan dengan menggunakan taktik penipuan statistik ekuiti.

mapois

UMNO mencabar penghapusan DEB ibarat mencabar hak rakyat yang sejak lama ini terpinggir akibat DEB.

mapois

Sunday, 16 March 2008

Perak MB, Kita Tidak Harus Salahkan Kit Siang

Keputusan untuk melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Mohammad Nizar Jamaluddin dari parti PAS sebagai Menteri Besar Perak telah menyebabkan keadaan terkejut dan runsing dalam kalangan bukan saja pemimpin dan ahli DAP, tetapi juga penyokongnya.

Ingatkah kita bahawa kerjasama DAP dengan PAS dalam Barisan Alternatif (BA) pada pilihan raya 1999, telah menyebabkan DAP kehilangan penyokongnya? Ini disebabkan fahaman politik yang diamalkan oleh PAS adalah amat bertentangan dengan DAP dan penyokongnya, khusus kepada ideologi politik yang berasaskan agama yang dilaung-laungkan oleh PAS pada ketika itu. Dengan itu, jika Kit Siang berdiam dan menerima saja keputusan untuk melantik ahli PAS sebagai Menteri Besar negeri itu, sudah tentu sesetengah pihak akan mengambil kesempatan, terutamanya, MCA dan Gerakan, di mana mereka akan mengatakan bahawa satu undi untuk DAP sama dengan satu undi untuk PAS dan satu undi untuk negara Islam. Ini merupakan perkara yang telah pun berlaku pada pilihan raya 1999.

Dalam kenyataan Kit Siang, beliau menegaskan bahawa pihak DAP bersedia untuk menerima Pengerusi DAP Perak dan ADUN Sitiawan, Ngeh Koo Ham atau ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dari PKR sebagai Menteri Besar Perak. Dengan itu, sudah jelas bahawa DAP bukanlah memperjuangkan kuasa untuk parti mereka sendiri, tetapi adalah untuk menunaikan prinsip parti, iaitu, perjuangan untuk semua kaum, di mana DAP dan PKR merupakan parti yang berbilang kaum dan agama tetapi PAS adalah parti untuk umat Islam sahaja.

Selain itu, PAS hanya memenangi 5 kerusi ADUN, sedangkan DAP memenangi kesemua 18 kerusi ADUN yang ditandinginya dan PKR memenangi 7 kerusi ADUN. Dengan itu, adakah ia relevan untuk PAS yang mewakili masyarakat minoriti untuk memimpin negeri Perak? Sudah tentu rakyat akan menolaknya.

Menurut beberapa kenyataan akhbar yang dibuat oleh pemimpin Barisan Nasional, mereka telah memutarbelitkan perjuangan Kit Siang. Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang kononnya mengatakan bahawa DAP sedang mengundang api perkauman dan gilakan kuasa.

Siapa yang gilakan kuasa? Jika DAP gilakan kuasa, DAP sudah menyertai Barisan Nasional pada peringkat awal seperti mana yang telah pun dibuat oleh Gerakan dan PPP. Kedua-dua parti pada dulunya merupakan parti pembangkang yang kuat, tetapi akibat gilakan kuasa, mereka telah menyertai Barisan Nasional pada tahun 1971. Ini membuktikan bahawa Gerakan dan PPP tiada pendirian politik. Begitu juga dengan PAS yang pernah menyertai Barisan Nasional pada pilihan raya 1974. DAP merupakan satu-satu parti yang tidak pernah menyertai Barisan Nasional, mereka berpegang teguh fahaman politik mereka berteraskan prinsip demokrasi dan keadilan, tanpa mengira kaum dan agama.

Natijahnya, perjuangan Kit Siang bukanlah suatu perkara yang mengundang api perkauman atau gilakan kuasa tetapi adalah demi penyokong partinya kerana kita semua tidak mahu sejarah dalam pilihan raya 1999 berulang.

Tuesday, 15 January 2008

UMNO - Loyar Buruk, Loyar Keledek

Sebagai rakyat yang cinta akan tanah air, berasa tersinggung dan tidak tahan dengan penyataan-penyataan pemimpin-pemimpin UMNO yang berunsur perkauman dan ekstrem. Walaupun semua pelajar Malaysia didedahkan dengan konsep percah dan perintah semasa zaman penjajahan, dalam silibus sejarah Malaysia, tetapi, apakah bezanya antara penjajah dan pemerintah UMNO yang memecahbelahkan rakyat mengikut kaum dan agama. Itulah kejahiliahan pemimpin-pemimpin UMNO yang sanggup melakukan diskriminasi dan penindasan ke atas rakyatnya sendiri serta tidak mengapresiasikan komuniti Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

mapois

Walaupun dalam manifestasi Barisan Nasional, menyatakan tentang konsep perkongsian kuasa antara kaum. Tetapi realitinya, menteri kita yang berpuluh-puluh, hanya terdapat beberapa daripada mereka yang bukan berkaum Melayu, lagipun jawatan-jawatan menteri yang disandang itu merupakan kementerian-kementerian yang kurang penting. Namun demikian, penyataan mereka tentang perkongsian kuasa kononya, hanyalah gula pilihan raya yang bermotif untuk menipu undi.

mapois

Belakangan ini, saya amat terkejut apabila pemimpin UMNO mendefinisikan perhimpunan aman yang dianjurkan oleh BERSIH dan HINDRAF sebagai perhimpunan yang mempunyai unsur-unsur perkauman. Bagaimana mereka sanggup berkata begitu? Di mana, perhimpunan-perhimpunan agung UMNO mereka barulah yang menimbulkan provokasi dan yang rasisme. Sementara itu, penganjur HINDRAF yang bermatlamat untuk mendapatkan layanan yang adil kepada masyarakat India di negara ini, dikatakan perkauman. Wajarkah begitu? Penganjur HINDRAF tidak pernah menghina atau memburuk-burukkan mana-mana kaum atau agama, mereka hanya mahu dilayan dengan adil. Dengan itu, sudah jelas UMNO barulah pihak yang sering mengapi-apikan sentimen perkauman dan ini juga disokong oleh komponen parti yang lain dalam Barisan Nasional.

mapois

Pemimpin-pemimpin UMNO juga pernah mengatakan bahawa bloggers adalah 'Goblok' dan golongan yang tidak mahu perpaduan. Namun, sudah tentu itu bukanlah yang sebenar. Kebanyakan bloggers yang menulis artikel berkaitan adalah demi masa depan negara dan bangsa Malaysia dan bukannya terhad kepada kaum tertentu sahaja seperti mana yang dipratikkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Justeru, dalam laman web rasmi Jabatan Perdana Menteri, pernah menyiarkan artikel yang berunsur perkauman iaitu 'Bersatulah Kaum Cina'. Dan siaran ini jelas menunjukkan UMNO mahu menimbulkan syak wasangka dalam kalangan kaum Melayu ke atas kaum Cina. Bagaimanapun, penulisan blog adalah satu kunci ke arah negara yang adil dan demokrasi serta sebuah kerajaan yang transparensi.

Mapois

Sehubungan itu, mereka juga selalu menyeru kita supaya elakkan soal isu sensitif. Dengan ini, jelas mereka adalah hipokrit, yang mana, mereka amat gemar membangkitkan peristiwa 13 Mei 1969 untuk menakutkan rakyat Cina, khusus apabila dekat dengan pilihan raya. Fenomena demikian hanya akan menunjukkan Malaysia sebuah negara yang tidak matang dalam politiknya.

Mapois

Natijahnya, pemimpin-pemimpin UMNO bak kata orang Tionghoa, 'memukul di mulut sendiri', dimana, tindakan-tindakan mereka adalah bertentangan dengan ulasan mereka sendiri.

mapois

Saturday, 29 September 2007

UMNO Ibarat Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Dengan Lurus

Pemimpin-pemimpin UMNO bagai ketam mengajar anaknya berjalan dengan lurus. Dalam permintaan buruh, sesetengah syarikat mengenakan syarat kemampuan bertutur dalam Bahasa Cina. Ini adalah disebabkan bahasa tersebut kian penting dalam dunia dengan adanya pasaran yang terbesar dunia di China. Dengan itu, syarat yang dikenakan oleh sesetengah syarikat adalah mustahak. Di mana, pekerja-pekerja yang diambil dapat bertutur dalam pelbagai bahasa (termasuk Bahasa Melayu) untuk memberi layanan kepada pengguna Cina (warga negara Malaysia) dengan lebih cekap. Di samping itu, menarik pelancong dari negara China bagi membangunkan ekonomi negara kita.

http://mapois.blogspot.com

Namun, hal demikian telah mendapat perhatian dari pemimpin-pemimpin UMNO. Umpamanya, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, berkata syarat kemampuan berbahasa Cina bukannya alasan dalam mengambil pekerja. Beliau berpendapat, Bahasa Cina adalah remeh di Malaysia, sebaliknya, mengutamakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Itulah sikap pemimpin yang tidak mahu perpaduan yang kuat di mana beliau sanggup mengagung-agungkan bahasa asing, iaitu Bahasa Inggeris, sedangkan Bahasa Cina merupakan bahasa ibunda kepada 33 peratus komuniti Malaysia.

http://mapois.blogspot.com

Sebenarnya, pendapat saya bukannya semua rakyat Malaysia harus lebih mengutamakan Bahasa Cina daripada Bahasa Inggeris. Tetapi, Bahasa Cina haruslah dilayan sebagai bahasa utama bagi komuniti Cina kerana bahasa ibunda merupakan akar kepada sesuatu bangsa. Namun demikian, kita juga akan hormat bahasa ibunda bagi bangsa-bangsa yang lain di Malaysia mahupun diseluruh dunia. Bagi pandangan orang ramai secara neutral, syarat berbahasa Cina bukannya diskriminasi, tetapi adalah kepentingan bahasa tersebut. Contohnya, sejak belakangan ini, telah wujud ramai anak-anak bukan kaum Cina masuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Ini telah menunjukkan kebenaran kepentingan bahasa tersebut.

http://mapois.blogspot.com

Justeru, yang lebih menyakitkan hati rakyat bukannya syarat sedemikian, tetapi adalah kebanyakkan kakitangan kerajaan yang hanya dari satu jenis kaum. Sebagaimana yang kita boleh lihat dalam pusat-pusat kerajaan, tiada satu pun daripada mereka yang bukan berkaum Melayu. Jika ada pun, seorang dua sahaja daripada mereka yang beratus-ratus. Sebenarnya, perkara ini merupakan perkara yang lebih serius daripada syarat berbahasa Cina yang dikenakan oleh sesetengah syarikat kerana dasar diskriminasi kerajaan akan berganda-ganda menyakitkan hati rakyat daripada syarat berbahasa Cina tersebut.

http://mapois.blogspot.com

Konklusinya, kerajaan tidak harus mengeluarkan penyataan-penyataan yang mampu menyentuh sentimen perkauman, khusus kepada mereka yang berkaum Cina kerana dengan adanya penyataan yang kurang hormat kepada bahasa ibunda kaum Cina. Namun, itu tidak bermaksud saya menyokong syarikat yang mengenakan syarat berbahasa Cina. Tetapi, syarat yang dikenakan adalah kebebasan dalam dasar sesebuah syarikat itu, apatah lagi, kerajaan sendiri sedang mempratikkan diskriminasi dalam pengambilan kakitangan kerajaan. Ini telah menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO tiada hak, tiada kelayakan untuk mengkritik syarat berbahasa Cina yang dikenakan oleh sesetengah syarikat.

mapois

Tuesday, 4 September 2007

DAP, Penyelamat Malaysia

Parti Tindakan Demokratik (DAP) bak penyelamat Malaysia dan semua rakyatnya. Malangnya, sesetengah daripada rakyat jelata kita tidak mahu DAP menolong kita serta tidak menghargai jasa dan perjuangan mereka, dan sebaliknya, menganggap mereka sebagai parti Cina dan golongan yang tidak cinta akan negara.

mapois

Sebenarnya, perjuangan DAP harus dihargai sebagaimana yang boleh kita lihat, perjuangan Lim Guan Eng dalam membela seorang gadis Muslim Melayu, beliau ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pada itu, beliau berkehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen. Dengan kes ini, telah menunjukkan bahawa DAP adalah satu parti yang memperjuangkan semua kaum yang terdapat di Malaysia.

mapois

Selain itu, perusahaan dalam menuntut bilangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) merupakan suatu usaha yang harus kita kagumi dimana mereka menegakkan keadilan dan kesaksamaan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Walaupun kadang-kala ia kurang berjaya tetapi sekurang-kurangnya prinsip keadilan, kesaksamaan dan demokratik terbukti di mata kita. Ia menunjukkan DAP lebih berguna daripada MCA, GERAKAN dan MIC di mana mereka yang berada dalam kabinet, berkecacatan di depan UMNO.

mapois

Selain itu, intikad DAP ke atas pembentukan negara Islam pada tahun 2001, merupakan suatu intikad yang amat mementingkan kepentingan semua rakyat dan politik Malaysia dalam era yang baru. Intikad tersebut tidak seharusnya di lihat sebagai anti-agama atau mengandungi elemen-elemen diskiriminasi di mana intikad tersebut adalah untuk memelihara Perlembagaan Persekutuan 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963 yang memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan dan terbuktilah bahawa Malaysia bukannya negara Islam.

mapois

Kita sebagai warga negara Malaysia yang tulin, tidak seharusnya keterlaluan dalam mementingkan bangsa, agama dan warna kulit sendiri sahaja. Sebaliknya, kita seharusnya berfikir secara kesederhanaan dengan tidak mengabaikan kepentingan diri dan orang lain yang kita bersama-sama duduki di negara yang sama.

mapois

Kita sebagai rakyat yang hidup dalam era yang moden, seharusnya menjadi lebih matang dalam politik negara dan bukannya meneruskan politik perkauman yang kerajaan kita sedang pratikkan. Negara yang masyarakatnya majmuk seperti Negara Thai, pemimpin mereka adalah kaum Cina sedangkan statistik penduduk Cina di sana hanya 10 peratus. Sementara itu, India yang penganut Hindunya majoriti, Presidennya adalah seorang Muslim iaitu Abdul Kalam.

mapois

Penyataan tersebut tidak bermaksud kita mahu kaum tertentu saja untuk menjadi Perdana Menteri kita, tetapi dalam membuat pilihan parti, haruslah mempertimbangkan perjuangan sesebuah parti. Kita tidak menafikan bahawa perjuangan Parti Perikatan dalam menuntut kemerdekaan harus kita menghargai. Sementara itu, MCA sebelum menyertai Parti Perikatan, ia memang memperjuangkan rakyat Cina pada masa itu. Tetapi, sedarkah kita bahawa itu adalah berpuluh-puluh tahun yang lalu, kebanyakkan pemimpin-pemimpin masa itu telah pun tiada di keliling kita.

mapois

Sebagai contoh, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn yang merupakan tiga Perdana Menteri yang pertama bersetuju bahawa jangan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Tetapi, adakah pemimpin-pemimpin Barisan Nasional sekarang yang berkata begitu?

mapois

Namun demikian, dalam membuat pilihan mana-mana parti, haruslah melihat kepada isu-isu politik masa kini yang kian mengugat perpaduan nasional dan daya persaingan demi menaikkan imej negara kita di mata dunia dan menjadi sebagai sebuah negara kelas pertama serta Malaysia yang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.

mapois