English   |   Bahasa Melayu

Mapois

 

Suara Patriot Sebenar

 
Showing posts with label Perkauman. Show all posts
Showing posts with label Perkauman. Show all posts

Monday, 17 March 2008

UMNO Mencabar Keadilan dan Hak Semua Kaum

Tidak berapa lama selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan dasarnya yang bebas daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membawa kepada kronisme, korupsi dan ketidakcekapan, telah mendapat kritikan-kritikan yang tidak berasas dari UMNO. Hal ini berikutan ketidakpuasan pemimpin-pemimpin UMNO yang berkehilangan kepercayaan rakyat, khusus kepada kaum Melayu.

mapois

Hal yang paling mengejutkan adalah penyataan Pak Lah yang mana beliau bertanya kepada Guan Eng “Apakah rancangan ekonomi untuk kaum Melayu dan apakah rancangan ekonomi untuk kaum India di Pulau Pinang?” Apakah rasionalnya untuk Pak Lah menyebut kaum Melayu dan kaum India? Sekarang DAP bukannya menjalankan "dasar ekonomi kaum Cina" tetapi adalah dasar ekonomi untuk semua kaum seperti mana yang telah diumumkan oleh Guan Eng, iaitu tender terbuka untuk semua kaum.

mapois

Tindakan UMNO yang ingin mengekalkan DEB mencerminkan Barisan Nasional selama ini tiada hasrat untuk menamatkan dasar tersebut. Dengan ini, ternyatalah bahawa rakyat Malaysia telah dibodoh-bodohkan apabila prinsip DEB pada asalnya tamat pada tahun 1990, telah ditangguh-tangguhkan dengan menggunakan taktik penipuan statistik ekuiti.

mapois

UMNO mencabar penghapusan DEB ibarat mencabar hak rakyat yang sejak lama ini terpinggir akibat DEB.

mapois

Saturday, 29 September 2007

UMNO Ibarat Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Dengan Lurus

Pemimpin-pemimpin UMNO bagai ketam mengajar anaknya berjalan dengan lurus. Dalam permintaan buruh, sesetengah syarikat mengenakan syarat kemampuan bertutur dalam Bahasa Cina. Ini adalah disebabkan bahasa tersebut kian penting dalam dunia dengan adanya pasaran yang terbesar dunia di China. Dengan itu, syarat yang dikenakan oleh sesetengah syarikat adalah mustahak. Di mana, pekerja-pekerja yang diambil dapat bertutur dalam pelbagai bahasa (termasuk Bahasa Melayu) untuk memberi layanan kepada pengguna Cina (warga negara Malaysia) dengan lebih cekap. Di samping itu, menarik pelancong dari negara China bagi membangunkan ekonomi negara kita.

http://mapois.blogspot.com

Namun, hal demikian telah mendapat perhatian dari pemimpin-pemimpin UMNO. Umpamanya, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, berkata syarat kemampuan berbahasa Cina bukannya alasan dalam mengambil pekerja. Beliau berpendapat, Bahasa Cina adalah remeh di Malaysia, sebaliknya, mengutamakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Itulah sikap pemimpin yang tidak mahu perpaduan yang kuat di mana beliau sanggup mengagung-agungkan bahasa asing, iaitu Bahasa Inggeris, sedangkan Bahasa Cina merupakan bahasa ibunda kepada 33 peratus komuniti Malaysia.

http://mapois.blogspot.com

Sebenarnya, pendapat saya bukannya semua rakyat Malaysia harus lebih mengutamakan Bahasa Cina daripada Bahasa Inggeris. Tetapi, Bahasa Cina haruslah dilayan sebagai bahasa utama bagi komuniti Cina kerana bahasa ibunda merupakan akar kepada sesuatu bangsa. Namun demikian, kita juga akan hormat bahasa ibunda bagi bangsa-bangsa yang lain di Malaysia mahupun diseluruh dunia. Bagi pandangan orang ramai secara neutral, syarat berbahasa Cina bukannya diskriminasi, tetapi adalah kepentingan bahasa tersebut. Contohnya, sejak belakangan ini, telah wujud ramai anak-anak bukan kaum Cina masuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Ini telah menunjukkan kebenaran kepentingan bahasa tersebut.

http://mapois.blogspot.com

Justeru, yang lebih menyakitkan hati rakyat bukannya syarat sedemikian, tetapi adalah kebanyakkan kakitangan kerajaan yang hanya dari satu jenis kaum. Sebagaimana yang kita boleh lihat dalam pusat-pusat kerajaan, tiada satu pun daripada mereka yang bukan berkaum Melayu. Jika ada pun, seorang dua sahaja daripada mereka yang beratus-ratus. Sebenarnya, perkara ini merupakan perkara yang lebih serius daripada syarat berbahasa Cina yang dikenakan oleh sesetengah syarikat kerana dasar diskriminasi kerajaan akan berganda-ganda menyakitkan hati rakyat daripada syarat berbahasa Cina tersebut.

http://mapois.blogspot.com

Konklusinya, kerajaan tidak harus mengeluarkan penyataan-penyataan yang mampu menyentuh sentimen perkauman, khusus kepada mereka yang berkaum Cina kerana dengan adanya penyataan yang kurang hormat kepada bahasa ibunda kaum Cina. Namun, itu tidak bermaksud saya menyokong syarikat yang mengenakan syarat berbahasa Cina. Tetapi, syarat yang dikenakan adalah kebebasan dalam dasar sesebuah syarikat itu, apatah lagi, kerajaan sendiri sedang mempratikkan diskriminasi dalam pengambilan kakitangan kerajaan. Ini telah menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO tiada hak, tiada kelayakan untuk mengkritik syarat berbahasa Cina yang dikenakan oleh sesetengah syarikat.

mapois