Dalam Perlembagaan
mapois
Pengisytiharan tersebut adalah disebabkan kemerosotan majoriti kerusi yang ditanding parti Barisan Nasional dalam pilihan raya umum pada tahun 1999 di mana Parti Islam Malaysia (PAS) telah memenangi bilangan kerusi yang paling banyak dalam sejarah partinya. Hal ini berlaku adalah disebabkan kenyataan palsu Tun Dr. Mahathir ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Anwar Ibrahim. Sebagai tanda ketidakpuasan, sesetengah rakyat telah bertindak untuk memboikot Barisan Nasional dalam pilihan raya tersebut. Namun demikian, pengisytiharan negara Islam merupakan suatu kegiatan politiking untuk mendapatkan para pengudi yang beragama Islam semula.
mapois
Sebenarnya, Perlembagaan merupakan suatu jaminan kepada semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Dengan itu, demi mepertahankan kontrak sosial dan hak semua rakyat, Ketua Pembangkang Parlimen, Yang Berhormat Lim Kit Siang dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah bertindak dengan berani dan melancarkan kempen ’No to 929’ untuk membangkang ideologi politik yang tidak sesuai untuk komuniti kita yang terdiri daripada pelbagai agama. Dalam pada itu, kempennya diburuk-burukkan oleh UMNO dimana pemimpin UMNO berkata bahawa kempen yang dilancarkan itu adalah kempen yang anti-agama dan anti-Islam. Tetapi, sudah tentulah itu bukan yang sebenar, kempen yang dilancarkannya adalah untuk memelihara kontrak sosial dan hak untuk komuniti yang bukan beragama Islam dan juga kepada mereka yang beragama Islam yang bersikap keserdehanaan. Walaubagaimanapun, Yang Berhormat Lim Kit Siang dalam melancarkan kempen beliau, ditahan oleh pegawai polis tanpa sebab dan bukti yang nyata.
mapois
Pelbagai perbahasan terkembang di Dewan Rakyat. Antara hujah-hujah yang diberi oleh UMNO adalah dimana Malaysia telah menepati prinsip-prinsip negara Islam iaitu Ketua Negara dan Ketua Kerajaan adalah dijawat oleh umat Islam dan segala kekuatan pemerintahan adalah dibawah umat Islam juga. Hakikinya, Malaysia sebuah negara yang berparlimen, sudah tentu pemerintah bukan saja terbuka kepada umat Islam tetapi adalah untuk semua parti politik yang bertanding dalam pilihan raya umum dengan syarat dapat pengundian yang majoriti. Dalam pelbagai perbahasan yang diadakan di Dewan Rakyat, terdapat juga hasutan daripada pemimpin parti pemerintah iaitu ahli Parlimen yang mewakili kawasan Jerai dimana ia berkata ”Malaysia ini negara Islam, you tak suka you keluar dari Malaysia”. Dengan sikap yang begitu tidak bertamadun, sudah tentu perkara tersebut boleh diusulkan dibawah peraturan mesyuarat 18 (1), tetapi dengan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Dato’ Lim Si Cheng yang tidak adil dan berat sebelah demi mengukuhkan kedudukannya sebagai Yang Di-Pertua, usul tersebut ditolak.
mapois
Bukan itu saja, pendirian parti pembangkang juga dapat dibuktikkan melalui penyataan Tunku Abdul Rahman iaitu Bapa Kemerdekaan Malaysia, dimana pada tahun 1980-an, dalam sambutan hari jadi beliau yang ke-80, menekankan bahawa jangan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam. Dalam pada itu, penyataan beliau disokong semua pemimpin Barisan Nasional termasuk UMNO, MCA, GERAKAN dan MIC yang merupakan antara komponen parti utama dalam Barisan Nasional. Tetapi, demi kekukuhan jawatan dalam kabinet, MCA, GERAKAN dan MIC tidak berani menyuarakan pendirian mereka sungguhpun mereka bersetuju dengan pendirian DAP. Ini telah menunjukkan bahawa mereka ini adalah golongan opportunis dan tidak melindungi dan memperjuangkan hak untuk rakyat yang bukan beragama Islam.
mapois
Selain daripada itu, berdasarkan prinsip negara Islam, Mahkamah Tertinggi adalah Mahkamah Syariah, tetapi di Malaysia, Mahkamah Tertinggi adalah Mahkamah Agong dan bukannya Mahkamah Syariah. Undang-undang yang dipratikkan di Malaysia adalah berdasarkan ’English Criminal Laws’ dan bukan kitab suci Islam iaitu Kitab al-Quran. Sehubungan itu, pada tahun 1988, Mahkamah Tertinggi iaitu Mahkamah Agong juga pernah mengisytiharkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular dan bukan negara Islam.
mapois
Sistem ekonomi yang diamalkan di Malaysia turut bertentang dengan prinsip negara Islam, dimana berdasarkan prinsip negara Islam, sistem ekonomi yang diamalkan adalah sistem ekonomi Islam, dimana rakyat di negara tiu hanya boleh membuat pilihan ke atas barang-barang yang halal sahaja dan Allah sebagai faktor pengeluaran. Antara negara yang mengamalkan sistem ekonomi ini adalah seperti Iraq dan Iran. Tetapi, sistem ekonomi yang diamalkan di Malaysia adalah amat berbeza dimana rakyat yang bukan beragama Islam juga boleh membuat pilihan ke atas barang-barang yang tidak halal dan faktor pengeluarannya adalah dibawah firma dengan campur tangan kerajaan iaitu sistem ekonomi campuran yang menggabungkan kebaikan sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi sosialis.
mapois
Dalam media massa pula, pihak UMNO telah memburuk-burukkan ideologi politik sekular, dimana mereka berkata bahawa ideologi politik sekular adalah suatu ideologi yang tidak mengakui kewujudan Tuhan. Tetapi, itu adalah bukan yang sebenar, definisi bagi ’Sekularisme’ adalah dimana soal agama harus dipisah daripada hal-hal politik, namun, sekular adalah dimana tempat untuk semua penganut agama, Dengan itu, sudah jelas menunjukkan bahawa UMNO sanggup menghitam-hitamkan media massa dan menipu rakyat demi matlamat mereka. Namun, ini adalah suatu perkara yang tidak adil kepada pihak pembangkang dimana mereka tiada peluang untuk mengeluarkan pendirian mereka melalui media massa yang utama seperti televisyen dan surat khabar, sedangkan Barisan Nasional memburuk-burukkan pihak pembangkang melalui taktik tersebut.
mapois
Walaubagaimanapun, pendirian pihak DAP harus dipertekankan dimana mereka tidaklah berkata negara Islam buruk tetapi adalah tidak sesuai kepada masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai agama, bangsa dan budaya. Dalam statistik penduduk Malaysia, 55% merupakan masyarakat yang beragama Islam manakala 45% merupakan masyarakat yang bukan beragama Islam. Namun demikian, sekiranya ideologi politik Islam dipratikkan, apakah perasaan bagi mereka yang bukan beragama Islam sedangkan statistik mereka hampir separuh. Justeru itu, perusahaan dan sumbangan mereka dalam pembangunan negara harus dihargai dan diiktiraf tanpa dilabelkan dalam kategori bukan bumiputra atau bumiputra. Selain itu, hak mereka seharusnya dilindungi dan dihormati agar komuniti dalam negara kita dapat hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.
mapois
Sebagai rakyat yang cinta akan negara dan akauntabiliti, seharusnya tidak menyokong dasar kerajaan yang mengandungi elemen-elemen diskriminasi dan membahagi-bahagikan rakyat dengan kaum dan agama. Kita sebagai warganegara Malaysia, sepatutnya bersatu padu dan bukannya mementingkan bangsa dan agama sendiri demi kesejahteraan hidup, sifat-sifat individualistik harus kita jauhi.
mapois
No comments:
Post a Comment