English   |   Bahasa Melayu

Mapois

 

Suara Patriot Sebenar

 

Tuesday, 4 September 2007

DAP, Penyelamat Malaysia

Parti Tindakan Demokratik (DAP) bak penyelamat Malaysia dan semua rakyatnya. Malangnya, sesetengah daripada rakyat jelata kita tidak mahu DAP menolong kita serta tidak menghargai jasa dan perjuangan mereka, dan sebaliknya, menganggap mereka sebagai parti Cina dan golongan yang tidak cinta akan negara.

mapois

Sebenarnya, perjuangan DAP harus dihargai sebagaimana yang boleh kita lihat, perjuangan Lim Guan Eng dalam membela seorang gadis Muslim Melayu, beliau ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pada itu, beliau berkehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen. Dengan kes ini, telah menunjukkan bahawa DAP adalah satu parti yang memperjuangkan semua kaum yang terdapat di Malaysia.

mapois

Selain itu, perusahaan dalam menuntut bilangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) merupakan suatu usaha yang harus kita kagumi dimana mereka menegakkan keadilan dan kesaksamaan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Walaupun kadang-kala ia kurang berjaya tetapi sekurang-kurangnya prinsip keadilan, kesaksamaan dan demokratik terbukti di mata kita. Ia menunjukkan DAP lebih berguna daripada MCA, GERAKAN dan MIC di mana mereka yang berada dalam kabinet, berkecacatan di depan UMNO.

mapois

Selain itu, intikad DAP ke atas pembentukan negara Islam pada tahun 2001, merupakan suatu intikad yang amat mementingkan kepentingan semua rakyat dan politik Malaysia dalam era yang baru. Intikad tersebut tidak seharusnya di lihat sebagai anti-agama atau mengandungi elemen-elemen diskiriminasi di mana intikad tersebut adalah untuk memelihara Perlembagaan Persekutuan 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963 yang memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan dan terbuktilah bahawa Malaysia bukannya negara Islam.

mapois

Kita sebagai warga negara Malaysia yang tulin, tidak seharusnya keterlaluan dalam mementingkan bangsa, agama dan warna kulit sendiri sahaja. Sebaliknya, kita seharusnya berfikir secara kesederhanaan dengan tidak mengabaikan kepentingan diri dan orang lain yang kita bersama-sama duduki di negara yang sama.

mapois

Kita sebagai rakyat yang hidup dalam era yang moden, seharusnya menjadi lebih matang dalam politik negara dan bukannya meneruskan politik perkauman yang kerajaan kita sedang pratikkan. Negara yang masyarakatnya majmuk seperti Negara Thai, pemimpin mereka adalah kaum Cina sedangkan statistik penduduk Cina di sana hanya 10 peratus. Sementara itu, India yang penganut Hindunya majoriti, Presidennya adalah seorang Muslim iaitu Abdul Kalam.

mapois

Penyataan tersebut tidak bermaksud kita mahu kaum tertentu saja untuk menjadi Perdana Menteri kita, tetapi dalam membuat pilihan parti, haruslah mempertimbangkan perjuangan sesebuah parti. Kita tidak menafikan bahawa perjuangan Parti Perikatan dalam menuntut kemerdekaan harus kita menghargai. Sementara itu, MCA sebelum menyertai Parti Perikatan, ia memang memperjuangkan rakyat Cina pada masa itu. Tetapi, sedarkah kita bahawa itu adalah berpuluh-puluh tahun yang lalu, kebanyakkan pemimpin-pemimpin masa itu telah pun tiada di keliling kita.

mapois

Sebagai contoh, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn yang merupakan tiga Perdana Menteri yang pertama bersetuju bahawa jangan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Tetapi, adakah pemimpin-pemimpin Barisan Nasional sekarang yang berkata begitu?

mapois

Namun demikian, dalam membuat pilihan mana-mana parti, haruslah melihat kepada isu-isu politik masa kini yang kian mengugat perpaduan nasional dan daya persaingan demi menaikkan imej negara kita di mata dunia dan menjadi sebagai sebuah negara kelas pertama serta Malaysia yang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.

mapois

No comments:

Post a Comment