Sila rujuk ’Polis nafi guna kekerasan’ yang disiarkan dalam Utusan Online
Polis sekali lagi menegaskan bahawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tidak menggunakan kekerasan semasa tunjuk perasaan penduduk di Bandar Mahkota Cheras (BMC) pada Selasa lepas. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar berkata dakwaan tersebut tidak berasas. "Kita menerima banyak panggilan dari pelbagai pihak untuk meminta kita menyiasat kejadian tersebut dan kita sedang menyiasatnya secara terperinci.
Dalam mengatakan pihak mereka sedang menyiasatnya secara terperinci, Ismail juga telah membuat dakwaan yang tidak berasas, yang mana, beliau berkata dakwaan polis menggunakan kekerasan adalah tidak berasas, serta mempertahankan tindakan anggota polis yang begitu kurang ajar dimana anggota FRU telah membelasah orang awam.
Inilah sikapnya yang bukan saja tidak meminta maaf kepada orang awam, malah, menyalahkan orang awam dan sebelum mendapat keputusan daripada penyiasatan mereka, pihak polis telah membela kesalahan anggota mereka secara tidak berasas dan tidak rasional dengan berkata dakwaan anggota polis yang menggunakan kekerasan itu tidak berasas. Tahniahlah kepada anggota polis kita kerana mereka ini hebat, mereka tidak perlu siasat sebelum membuat sesuatu tuduhan, walaupun ada bukti (video, gambar) yang kukuh menunjukkan 20 anggota FRU yang bertindak secara ganas terhadap orang awam.
Berita yang disiarkan dalam Utusan Online turut menyebabkan orang awam begitu kesal, yang mana, laporan akhbar tersebut cuba menutup skandal polis tersebut dengan memberi gambaran yang tidak benar. Sebagai contoh, Chang yang dibelasah oleh 20 anggota FRU tetapi akhbar Utusan tidak menyebut bilangan tersebut dan hanya berkata beberapa anggota FRU (kononnya).
Rujuk artikel 'Kontroversi BMC: Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi' untuk maklumat yang lebih lanjut
No comments:
Post a Comment