English   |   Bahasa Melayu

Mapois

 

Suara Patriot Sebenar

 

Sunday, 1 June 2008

Kontroversi BMC: Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi


Kontroversi yang berlaku di Bandar Mahkota Cheras (BMC) belakangan ini, telah menunjukkan betapa ketidakprofesionalnya anggota polis yang kita ada. Ia amat memalukan bukan saja kepada reputasi polis negara tetapi juga nama Malaysia di mata dunia.

mapois

Mengapakah anggota polis yang berada di BMC tidak berbuat apa-apa apabila orang awam diancam oleh samseng? Dan yang lebih teruk adalah pihak berkenaan tidak mahu mengaku kesalahan itu, malah, memberi alasan yang tidak munasabah dimana Ketua Polis Kajang, Shakaruddin Che Mood berkata mereka hanyalah anggota polis trafik yang dihantar untuk mengawal lalulintas di situ. "Mereka sibuk mengawal lalulintas dan tidak dapat berbuat apa-apa," Inilah budaya sistem penyampaian jabatan-jabatan kerajaan Barisan Nasional, agensi-sgensi kerajaan Barisan Nasional yang selalu menolak tanggungjawab kepada pihak lain dalam mengendalikan kewajipan-kewajipan mereka.

mapois

mapois

Apa yang menjadi skandal serius untuk polis negara adalah pihak polis sering menggunakan keganasan terhadap orang awam. Hal ini bukan saja berlaku dalam kontroversi di BMC tetapi sudah menjadi budaya, amalan untuk anggota polis dalam mengendalikan tanggungjawab mereka.

mapois

Chang Jiun Haur (gambar), seorang lelaki yang hanya ingin melihat apa sedang berlaku di tempat pembinaan benteng konkrit dekat BMC, beliau dibelasah oleh 20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan cota dan ditendang sehingga berlumuran darah. Seorang pegawai tinggi yang berada di situ, mendakwa Chang kononnya melanggar seorang anggota FRU dengan keretanya. Tetapi, apabila diminta menunjukkan anggota yang kena langgar itu, pegawai berkenaan menghadapi kesukaran meminta anggota berkenaan tampil ke hadapan. Anggota berkenaan yang nampak tidak apa-apa mendakwa: "Dia cuba langgar saya...lihat cota patah. Nak bukti apa lagi?" Bagaimanapun, seorang pegawai polis yang membawa Chang ke Hospital Kajang berkata tidak seorang pun anggotanya dilanggar oleh kereta remaja itu.

mapois

Sekiranya, Chang betul-betul mahu melanggar anggota FRU itu, anggota FRU juga tidak berhak untuk membelasah orang awam sehingga berlumuran darah, apatah lagi, Chang tidak berniat jahat sebegitu, tetapi ia hanyalah sekadar dakwaan bagi pihak polis sebagai alasan untuk menggunakan keganasan terhadap orang awam.

mapois

Pepatah ‘Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi’ sememangnya selaras dengan tindakan anggota polis yang amat menjijikan hati orang awam ini. Anggota polis yang sepatutnya menjadi pelindungan kepada orang awam, telah menjadi ancaman kepada orang awam. Kini, kita sebaliknya perlu berhati-hati dengan anggota polis kerana mereka ini akan bertindak ganas terhadap orang awam. Anggota polis berkenaan mesti diambil tindakan sekeras-kerasnya untuk memberi keadilan kepada orang awam dan juga mewujudkan keyakinan orang awam terhadap polis negara. Tidak disebut mengembalikan keyakinan orang awam terhadap polis negara kerana orang awam tidak pernah yakin dengan polis negara.

mapois

The cartoon posted in this post is a cartoon from CARTOONKINI, http://www.malaysiakini.com/

mapois

No comments:

Post a Comment