Peranan akhbar seharusnya membuat laporan yang bebas, iaitu tidak memihak sesiapa. Tetapi, akhbar Utusan
mapois
Umpamanya, laporan akhbar Utusan mengenai isu perlantikan Menteri Besar Perak, Utusan telah mengambil kesempatan dengan membuat laporan yang bertajuk ‘DAP Biadap’ serta memutarbelitkan isu tersebut dengan mengambil perkara yang lama iaitu artikel yang betajuk ‘Pelantikan Menteri Besar kuasa sebenar raja’ dan disiarkan pada bahagian analisis, politk secara berterusan. Ini jelas menunjukkan Utusan mahu memarakkan semangat perkauman dalam kalangan orang Melayu. Mereka inilah yang menimbulkan syak wasangka dalam kalangan orang Melayu ke atas bukan Melayu dan mereka inlah yang tidak mahu perpaduan.
mapois
Apa yang lebih jelas adalah apabila 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Terengganu serta pucuk pimpinannya yang masing-masing memboikot majlis angkat sumpah Menteri Besar dan menolak keputusan istana untuk melantik ADUN Kijal, Datuk Ahmad Said, sebagai Menteri Besar Terengganu, tiada laporan yang bertajuk ‘UMNO Biadap’. Malah, ADUN yang dilantik tersebut, pula diancam dengan laporan yang bertajuk ‘Ahmad Said boleh dikenakan tindakan disiplin’.
mapois
Selain itu, mengenai isu Menteri Besar Perak, pemimpin DAP, Lim Kit Siang telah bertindak segera dengan memohon maaf kepada pihak istana. Sementara pihak UMNO, mereka masih berdegil-degil dan mengeluarkan penyataan secara tidak langsung bahawa keputusan presiden UMNO lebih penting daripada keputusan pihak istana. Dengan ini, siapa yang kurang ajar? Dan siapa yang biadap?
mapois
Penulis blog merupakan pengunjung laman web Utusan yang tetap, tetapi penulis blog tidak akan membeli walau senaskhah pun akhbarnya kerana penulis blog tidak mahu menyokong akhbar yang biadap ini. Penulis blog akan sentiasa mengunjung lamannya untuk melihat betapa teruknya tahap akhbar yang kita ada.
mapois
No comments:
Post a Comment