English   |   Bahasa Melayu

Mapois

 

Suara Patriot Sebenar

 

Thursday, 13 September 2007

Taktik Buruk BN Menyekat Pembangkang

Kerajaan telah memberi surat amaran kepada stesen-stesen televisyen dan radio swasta supaya tidak menyiarkan ucapan dari pemimpin parti pembangkang pada masa yang akan datang. Menurut kandungan surat tersebut adalah seperti yang berikut:

mapois
UCAPAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DI STESEN TELEVISYEN DAN RADIO SWASTA

Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara tersebut di atas.

mapois
2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak kerajaan mendapat bahawa beberapa stesen TV dan radio swasta telah menyiarkan ucapan dari pemimpin parti pembangkang.
mapois
3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan adalah diminta untuk tidak lagi menyiarkan ucapan sedemikian di masa akan datang.

mapois
Sekian untuk perhatian dan tindakan segera pihak tuan.

mapois
Terima kasih

mapois

Dengan kandungan surat sedemikian, telah jelas dan terang menunjukkan bahawa Barisan Nasional tidak yakin dengan pendirian atau dasar parti mereka sendiri. Selain itu, juga telah menunjukkan bahawa Barisan Nasional adalah sedar dengan perjuangan parti pembangkang, khusus kepada DAP yang berlandaskan keadilan kepada semua rakyat akan mengurangkan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional.

mapois

Namun demikian, adalah suatu perkara yang tidak adil kepada pihak pembangkang di mana mereka tiada peluang untuk mengeluarkan pendirian, perjuangan, visi dan misi parti mereka kepada rakyat melalui media arus perdana, khusus kepada media milik kerajaan dan media-media Melayu. Hakikatnya, wujudlah salah faham dalam kalangan rakyat Melayu ke atas perjuangan DAP yang mana diburuk-burukkan oleh Barisan Nasional sejak pembentukan DAP lagi.

mapois

Bukan itu saja, siaran ’Parlimen Hari Ini’ di saluran RTM1 turut menanggalkan bahagian ucapan pemimpin pembangkang dalam persidangan di Dewan Rakyat. Kalau begitu, apa gunanya mengadakan siaran ’Parlimen Hari Ini’ yang nampaknya sedang mengelirukan rakyat jelata kita. Dengan itu, telah menunjukkan bahawa kerajaan adalah sedar dengan ahli-ahli Parlimen mereka sendiri . Sebagai contoh, ucapan ahli Parlimen Jerai ’You tak suka, you keluar dari Malaysia’ dan ucapan ahli Parlimen Jasin ’Mana ada bocor?, Batu Gajah pun tiap-tiap bulan bocor juga’ dan lagi-lagi ucapan kemudian tersebut disokong oleh ahli Parlimen Kinabatangan.

mapois

Sekiranya, Barisan Nasional betul-betul yakin dengan mereka sendiri, mengapa mereka tidak berani untuk mengadakan telecast atau webcasting? Adakah Barisan Nasional takut rakyat dapat mendengar ucapan-ucapan dari ahli Parlimen mereka? Ataupun takut rakyat akan terpengaruh dengan ucapan-ucapan pembangkang yang berasaskan keadilan dan demokrasi?

mapois

No comments:

Post a Comment