English   |   Bahasa Melayu

Mapois

 

Suara Patriot Sebenar

 

Saturday 29 September 2007

UMNO Ibarat Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Dengan Lurus

Pemimpin-pemimpin UMNO bagai ketam mengajar anaknya berjalan dengan lurus. Dalam permintaan buruh, sesetengah syarikat mengenakan syarat kemampuan bertutur dalam Bahasa Cina. Ini adalah disebabkan bahasa tersebut kian penting dalam dunia dengan adanya pasaran yang terbesar dunia di China. Dengan itu, syarat yang dikenakan oleh sesetengah syarikat adalah mustahak. Di mana, pekerja-pekerja yang diambil dapat bertutur dalam pelbagai bahasa (termasuk Bahasa Melayu) untuk memberi layanan kepada pengguna Cina (warga negara Malaysia) dengan lebih cekap. Di samping itu, menarik pelancong dari negara China bagi membangunkan ekonomi negara kita.

http://mapois.blogspot.com

Namun, hal demikian telah mendapat perhatian dari pemimpin-pemimpin UMNO. Umpamanya, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, berkata syarat kemampuan berbahasa Cina bukannya alasan dalam mengambil pekerja. Beliau berpendapat, Bahasa Cina adalah remeh di Malaysia, sebaliknya, mengutamakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Itulah sikap pemimpin yang tidak mahu perpaduan yang kuat di mana beliau sanggup mengagung-agungkan bahasa asing, iaitu Bahasa Inggeris, sedangkan Bahasa Cina merupakan bahasa ibunda kepada 33 peratus komuniti Malaysia.

http://mapois.blogspot.com

Sebenarnya, pendapat saya bukannya semua rakyat Malaysia harus lebih mengutamakan Bahasa Cina daripada Bahasa Inggeris. Tetapi, Bahasa Cina haruslah dilayan sebagai bahasa utama bagi komuniti Cina kerana bahasa ibunda merupakan akar kepada sesuatu bangsa. Namun demikian, kita juga akan hormat bahasa ibunda bagi bangsa-bangsa yang lain di Malaysia mahupun diseluruh dunia. Bagi pandangan orang ramai secara neutral, syarat berbahasa Cina bukannya diskriminasi, tetapi adalah kepentingan bahasa tersebut. Contohnya, sejak belakangan ini, telah wujud ramai anak-anak bukan kaum Cina masuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Ini telah menunjukkan kebenaran kepentingan bahasa tersebut.

http://mapois.blogspot.com

Justeru, yang lebih menyakitkan hati rakyat bukannya syarat sedemikian, tetapi adalah kebanyakkan kakitangan kerajaan yang hanya dari satu jenis kaum. Sebagaimana yang kita boleh lihat dalam pusat-pusat kerajaan, tiada satu pun daripada mereka yang bukan berkaum Melayu. Jika ada pun, seorang dua sahaja daripada mereka yang beratus-ratus. Sebenarnya, perkara ini merupakan perkara yang lebih serius daripada syarat berbahasa Cina yang dikenakan oleh sesetengah syarikat kerana dasar diskriminasi kerajaan akan berganda-ganda menyakitkan hati rakyat daripada syarat berbahasa Cina tersebut.

http://mapois.blogspot.com

Konklusinya, kerajaan tidak harus mengeluarkan penyataan-penyataan yang mampu menyentuh sentimen perkauman, khusus kepada mereka yang berkaum Cina kerana dengan adanya penyataan yang kurang hormat kepada bahasa ibunda kaum Cina. Namun, itu tidak bermaksud saya menyokong syarikat yang mengenakan syarat berbahasa Cina. Tetapi, syarat yang dikenakan adalah kebebasan dalam dasar sesebuah syarikat itu, apatah lagi, kerajaan sendiri sedang mempratikkan diskriminasi dalam pengambilan kakitangan kerajaan. Ini telah menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO tiada hak, tiada kelayakan untuk mengkritik syarat berbahasa Cina yang dikenakan oleh sesetengah syarikat.

mapois

No comments:

Post a Comment