Sebagai rakyat yang cinta akan tanah air, berasa tersinggung dan tidak tahan dengan penyataan-penyataan pemimpin-pemimpin UMNO yang berunsur perkauman dan ekstrem. Walaupun semua pelajar Malaysia didedahkan dengan konsep percah dan perintah semasa zaman penjajahan, dalam silibus sejarah Malaysia, tetapi, apakah bezanya antara penjajah dan pemerintah UMNO yang memecahbelahkan rakyat mengikut kaum dan agama. Itulah kejahiliahan pemimpin-pemimpin UMNO yang sanggup melakukan diskriminasi dan penindasan ke atas rakyatnya sendiri serta tidak mengapresiasikan komuniti
mapois
Walaupun dalam manifestasi Barisan Nasional, menyatakan tentang konsep perkongsian kuasa antara kaum. Tetapi realitinya, menteri kita yang berpuluh-puluh, hanya terdapat beberapa daripada mereka yang bukan berkaum Melayu, lagipun jawatan-jawatan menteri yang disandang itu merupakan kementerian-kementerian yang kurang penting. Namun demikian, penyataan mereka tentang perkongsian kuasa kononya, hanyalah gula pilihan raya yang bermotif untuk menipu undi.
mapois
Belakangan ini, saya amat terkejut apabila pemimpin UMNO mendefinisikan perhimpunan aman yang dianjurkan oleh BERSIH dan HINDRAF sebagai perhimpunan yang mempunyai unsur-unsur perkauman. Bagaimana mereka sanggup berkata begitu? Di mana, perhimpunan-perhimpunan agung UMNO mereka barulah yang menimbulkan provokasi dan yang rasisme. Sementara itu, penganjur HINDRAF yang bermatlamat untuk mendapatkan layanan yang adil kepada masyarakat India di negara ini, dikatakan perkauman. Wajarkah begitu? Penganjur HINDRAF tidak pernah menghina atau memburuk-burukkan mana-mana kaum atau agama, mereka hanya mahu dilayan dengan adil. Dengan itu, sudah jelas UMNO barulah pihak yang sering mengapi-apikan sentimen perkauman dan ini juga disokong oleh komponen parti yang lain dalam Barisan Nasional.
mapois
Pemimpin-pemimpin UMNO juga pernah mengatakan bahawa bloggers adalah 'Goblok' dan golongan yang tidak mahu perpaduan. Namun, sudah tentu itu bukanlah yang sebenar. Kebanyakan bloggers yang menulis artikel berkaitan adalah demi masa depan negara dan bangsa
Mapois
Sehubungan itu, mereka juga selalu menyeru kita supaya elakkan soal isu sensitif. Dengan ini, jelas mereka adalah hipokrit, yang mana, mereka amat gemar membangkitkan peristiwa 13 Mei 1969 untuk menakutkan rakyat Cina, khusus apabila dekat dengan pilihan raya. Fenomena demikian hanya akan menunjukkan
Mapois
Natijahnya, pemimpin-pemimpin UMNO bak kata orang Tionghoa, 'memukul di mulut sendiri', dimana, tindakan-tindakan mereka adalah bertentangan dengan ulasan mereka sendiri.
mapois
No comments:
Post a Comment