English   |   Bahasa Melayu

Mapois

 

Suara Patriot Sebenar

 

Thursday, 24 January 2008

Bangunlah Bangsa Malaysia, Bangkitlah Bangsa Malaysia!

Kebanyakan negara di Asia telah pun sedar dalam sistem politik mereka seperti Republik Rakyat China yang telah mengabaikan komunisme dalam sistem ekonomi mereka sejak 30 tahun yang lalu, dibawah Presiden China ketika itu, Deng Xiaoping. Mereka percaya kepada keterbukaan dalam sistem ekonomi akan membawa negara mereka ke hadapan. Dan kini, manfaat keterbukaan pasaran mereka telah terbukti di mata kita seluruh dunia.

lim ka ken

Selain itu, Korea yang terpisah kepada dua sejak 55 tahun yang lepas akibat pertentangan ideologi politik, kini, hubungan antara Republik Rakyat Demokratik Korea (Korea Utara) dan Republik Korea (Korea Selatan) semakin pulih. Ini adalah hasil usaha pemimpin mereka yang serba sedikit mengabaikan politik. Penggunaan nama penyertaan ‘Korea’ oleh kedua-dua mereka dalam sukan berperingkat antarabangsa, jelas menunjukkan usaha dalam menyatukan negara mereka.

mapois

Di Indonesia pula, dibawah pimpinan Presiden Suharto dahulu, pelbagai undang-undang diskriminasi diluluskan untuk menentang rakyat Cina di sana, seperti sekatan penggunaan Bahasa Cina. Tetapi, pada tahun 1998, dibawah Presiden Abdurrahman Wahid, semua undang-undang diskriminasi telah dihapuskan dan menggalakaan budaya Cina untuk memperkayakan lagi kebudayaan Indonesia serta mengumumkan Tahun Baru Cina sebagai Hari Cuti Kebangsaan di negara itu.

mapois

Hari ini, Singapura di depan kita, bebas daripada korupsi dan penyalahgunaan kuasa dan ini bukannya sebab negara mereka kecil, tetapi adalah sistem mereka yang tegas tidak seperti negara kita yang menganggap korupsi itu perkara yang biasa. Politik wang telah menjadi kehidupan ahli politik di negara kita. Demikian dikatakan Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew. Sebenarnya, sistem di negara kita mempunyai kerajaan negeri dan dengan itu, kebesaran Malaysia bukanlah sebab bagi pemimpin Barisan Nasional untuk melakukan sebarang korupsi atau penyalahgunaan kuasa.

mapois

Dalam melihat negara-negara di serantau ini yang sedang berhadapan, mengabaikan perkauman, tertanya-tanya, bilakah Malaysia akan melakukan perubahan sistem politik yang berbau perkauman, yang tidak bebas daripada korupsi dan penyalahgunaan kuasa. Walaupun dikatakan negara kita mempunyai pilihan raya yang pemimpin negara akan dipilih oleh semua rakyat, tetapi sistem pilihan raya di negara kita adalah tidak bebas, majoriti Barisan Nasional merupakan majoriti yang tidak bebas dengan adanya pelbagai muslihat.

mapois

Bagaimanapun, saya juga percaya negara kita lebih baik daripada negara-negara tertentu. Tetapi, adakah kita mahu berbanding dengan negara-negara yang teruk apabila kita mempunyai potensi yang amat luas untuk menjadi negara yang maju seperti Korea Selatan, Taiwan dan Singapura.

mapois

Saya juga amat sedih apabila wujud golongan yang berkata jika negara ini teruk, pindahlah ke luar negara. Bagi saya, itu adalah tidak relevan kerana negara Malaysia adalah negara saya, saya lahir di Malaysia, saya tinggal di Malaysia, saya merupakan warga negara Malaysia yang tulin dan dengan itu, saya berhak untuk menyuarakan pendirian saya, saya juga berhak untuk mengkritik kerajaan Barisan Nasional yang gagal melakukan amanahnya.

mapois

Bagaimanapun, pilihan rakyat ke atas parti politik adalah lebih penting. Dengan itu, saya amat berharap semua rakyat dapat memberi peluang kepada parti politik yang lain yang memperjuangkan semua kaum seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi melakukan satu pembaharuan sistem politik negara ini.

mapois

Bangunlah Bangsa Malaysia, Bangkitlah Bangsa Malaysia!

mapois

No comments:

Post a Comment